, 49 tweets, 5 min read Read on Twitter
Adakah Itachi Seorang Hero?
Ditulis oleh -Zamir Mohyedin-
#EksplorasiKarya #Naruto
(Ini adalah thread)
Silakan retweet dan like
Watak Itachi dikatakan seorang shinobi yang genius. Naik pangkat yang tinggi ketika umurnya yang muda.
Perkara menarik yang menjadi penumpuan watak Itachi adalah tindakan membunuh seluruh ahli puak keluarganya, --
-- Uchiha dan menjadi sumber perkembangan watak adiknya, Sasuke.
Kalau sesiapa dah tonton anime dan dah baca manga ini sampai habis, kita akan tahu Itachi lakukan pembunuhan beramai-ramai--
-- *beramai-ramai ke atas puak Uchiha adalah sebab untuk mempertahankan Konoha.
Selepas pembunuhan itu, Itachi keluar daripada kampung dan dipandang oleh orang Konoha sendiri sebagai pengkhianat dan penjenayah.
Di sini mungkin kita boleh buat dua kesimpulan berkenaan Itachi, iaitu Itachi terpaksa berkorban untuk mempertahankan Konoha ataupun--
--dia tidak terpaksa melakukan hal itu sebab dia memang memilih untuk melakukan hal itu.
Sebelum saya teruskan, sesiapa yang mahu baca dalam bentuk teks, tekan link ini. Kalau nak baca thread,teruskan saja
thepatriots.asia/archives/739
Bagi aku, Itachi adalah pada kesimpulan kedua. Itachi tidak memiliki psikologi ‘matyr complex’ yang memenuhi kehendak psikologinya untuk--
--*untuk menjadi ‘kambing hitam’ demi mempertahankan Konoha.

Macam Madara dan ahli-ahli Uchiha yang lain, Itachi cintakan keamanan.
Malah, ayah Itachi, Uchiha Fugaku sendiri pun tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi antara Uchiha dan keluarga Senju.
Fugaku memilih untuk melakukan kudeta dengan menjatuhkan Danzo dan Hiruzen supaya Uchiha dapat menguasai tampuk pemerintahan.
Fugaku lakukan hal ini kerana melihat Uchiha semakin disisihkan.
Kita mungkin boleh lihat apa yang mahu dilakukan oleh Fugaku dapat mengurangkan pertumpahan darah.
Tetapi di mata Itachi kudeta tersebut mungkin akan menimbulkan perang saudara kerana kuasa diambil secara rampasan.
Itachi membesar dalam suasana shinobi berperang dengan pelbagai sebab.
Ketika mempunyai pilihan antara sama ada memilih untuk membunuh keluarganya ataupun menyertai kudeta, Itachi pilih untuk bunuh puaknya.
Kerana apa? Kerana dapat mengelakkan tumpah darah dan huru-hara dalam Konoha.
Menurut Jean-Paul Sartre, ahli falsafah Perancis, kewujudan kita adalah sebuah kebebasan.
Kita bebas melakukan apa-apa pilihan tanpa pengaruh dan tekanan sosial di sekeliling.
Orang yang membuat pilihan dengan kepercayaan bahawa ‘dia tidak mempunyai pilihan lain’ adalah orang yang mempunyai ‘bad faith’.
Idea ‘bad-faith’ dibawa oleh Sartre sendiri bahawa, pilihan yang dibuat oleh seorang individu kerana tekanan sosial akan melahirkan nilai--
--*nilai yang palsu dan mengabaikan kebebasan mutlak dalam dirinya.
Aku katakan Itachi seorang Sartrean Existentialist sebab kita boleh nampak Itachi boleh ‘move on’ selepas melakukan pembunuhan itu.
Dia tidak meratap-ratap, menyesal ataupun apa saja yang dia lakukan atas sebab ‘dia terpaksa berkorban’.
Dia memilih jalan itu kerana dia faham dan dia mahu.
Itachi cintakan kemanan dan kampungnya (nasionalis). Dia dibesarkan sebagai seorang shinobi yang paling kurang, pembunuhan terpaksa berlaku.
Dia juga membesar sebagai seorang yang tidak terlalu bersosial.
Ketika menjadi skuad ANBU, Itachi tidak teragak-agak untuk membunuh musuhnya walaupun musuh itu sudah terdaya lagi untuk melaksanakan misi.
Maka, pilihan dia membunuh keluarganya kerana dia memang memilih untuk menjaga keamanan, bukan sebagai individu korban yang dia relakan.
Ada beza antara merelakan diri menjadi korban dengan memilih untuk mempertahankan sesuatu.
Pilihan Itachi memang berat, iaitu sama ada untuk memilih kampung ataupun puaknya.
Dia pun tahu, kalau secara individu, memang tidak semua yang setuju dengan rancangan Fugaku, tetapi secara kolektif begitulah.
Bukannya Itachi tidak tahu. Pilihan yang berat itu, dia berkehendak untuk memilih yang menjadi tujuan kewujudannya menjaga Konoha,--
-- bukan merelakan diri menjadi korban kerana Konoha.
Seterusnya, pada peringkat awal, kita akan melihat Itachi adalah seorang yang paling teruk kerana sanggup membunuh puaknya sendiri yang--
--*yang masa itu kita sangka demi untuk mendapatkan Mangekyou Sharingan.
Selepas segalanya didedahkan, kita akan dapati Itachi sebagai seorang hero sebab sanggup berkorban untuk Konoha, which bagi aku istilah:
‘sanggup berkorban’ agak tidak sesuai untuk Itachi sebab Itachi memilih bukan pasrah.
Itachi memilih untuk membentuk diri dan kewujudannya dengan mempertahankan Konoha melalui pembunuhan puaknya sendiri.
Bukan kerana dia mahu mengorbankan hidup dan identitinya demi Konoha.

Jadi, anda rasa dia seorang hero Konoha?
Entahlah, bagi aku, kalau dia seorang yang ‘berkorban’ mungkin dia kelihatan lebih heroic kerana sanggup mengorbankan kehidupannya di Konoha
--untuk melindungi kampung itu.
Tetapi, sebab kalau ikut definisi eksistentialism yang aku letakkan pada Itachi, kelihatannya Itachi agak less heroic sebab--
--*sebab dia tidak berkorban apa-apa, cuma itu pilihan dia mahu buat macam itu walaupun ia pilihan yang berat.
Melainkan dia membunuh Sasuke juga sebab Itachi sangat sayangkan Sasuke.

-Thread Tamat-
Silakan retweet dan like
#Anime #Naruto #Malaysia
Selain daripada anime Naruto, si penulis pernah berbincang mengenai:
'Kimi No Nawa: Ahli Falsafah Dan Rama-rama'
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!