Laporan National Health & Morbidity Survey 2015.
Statistik yang merisaukan.
Masalah kesihatan mental tak semestinya gila, sewel dll.
It’s more common than we think.
Depression bukan setakat perasaan sedih. Tetapi sedih melampau, sekali dengan tekanan kronik.
Dan ia bukan daripada lemah iman.
Kalau ada orang kena kanser, kita tak cakap dia lemah iman, kena banyak berzikir dan ingat Tuhan, kan?
Tapi kita bawa jumpa doktor untuk rawat dia.
Kenapa kita tak buat macam tu untuk orang ada masalah kesihatan mental?
“Takkan sempurna kesihatan seseorang tanpa kesihatan mental.”
Kesihatan seseorang bukan setakat sihat tubuh badan, tetapi pada minda dan pemikiran.
Dan tak, mereka bukan gila, tak beriman atau mencari perhatian.
Mereka sakit. Sangat sakit.
1. Kemurungan berlarutan lebih dari 2 minggu
2. Hilang nikmat dengan benda yang selama ni dia suka (dah tak suka movie, baca buku etc)
3. Hilang fungsi seharian dia. Dah tak boleh kerja/belajar/masak dll.
It’s a serious health issue.
Contohnya pesakit kanser tengah struggling. Dengan ingat tuhan, tak tinggal sembahyang, zikir dll, sangat bantu untuk dia jadi kuat.
Tapi itu bukan sebagai ubat. Tetap kena chemotherapy bagai tu
Setakat sedih, itu emosi biasa manusia. Semua orang ada.
Tapi Clinical Depression, dia effect sampai otak. Hormon jadi tak balance, saiz certain part otak mengecut dll.
They LITERALLY not able to be happy. Tengok gambar.
Kalau kita cop dia manusia tak bersyukur, tak ingat tuhan, tak zikir semua tu, agak-agak membantu ke dia untuk sembuh? Atau jadi lagi melarat?
You can be a true muslim and still suffer from depression. Sebab bukan isu iman
Sekarang pakcik makcik tu tak kena depression, sihat walafiat.
In a way dia nak kata dia tu beriman? Kuat agama? Tak terpisah dengan tuhan?
These people make me sick.
I have a friend yang kena rogol waktu sekolah dengan cikgu dia, more than 10 years ago.
Tak seorang pun percaya report dia, siap gelakkan lagi. Sebab cikgu tu ‘baik’, ‘alim’ dll.
Dia trauma teruk sampai sekarang depression dia semakin melarat.
Dalam diam, depression dia develop sekali dengan anxiety.
Tapi dia tak pernah tinggal sembahyang, baca Quran etc.
Agak-agak, depression tu sebab dia tak beriman ke? Atau dia yang lemah?
“Mental illness”
Not “Mental Weakness.”
Bukan salah penghidap tu untuk ada masalah kesihatan mental. Sama macam orang ada tumour otak. Itu bukan sebab dia lemah.
Dah nama pun penyakit. Illness 🤦🏻♂️
Kajian terbaru, lebih kepada berlaku sel otak mati dan hilang fungsi.
Peranan genetik juga faktor besar, dan logik lah kenapa ada yang boleh diwarisi.
Ini faktor risiko, bukan penyebab utama.
Orang yang depression, hippocampus literally mengecut daripada kebiasaan.
Maka dia literally tak boleh rasa happy.
Keadaan biologi macam ni bukan boleh diubati dengan hanya
“Think positive”
“Get over it”
Let’s say Ahmad dan Ali kehilangan ibu pada masa yang sama.
Ahmad ada genetik depression, dan Ali tak.
Ahmad lebih berpotensi untuk jatuh ke Depression teruk sebab sedih ibu dia meninggal.
Berbeza dengan Ali, sedih juga, tapi dia tak depress.
Ahmad pun, dia redha dan terima ujian ni. Tapi sebab otak dia literally tak dapat rasa happy, sebab dia ada genetik depression tu, dia jadi murung teruk.
Ini bukan lagi soal iman.
Tapi kesihatan.
Ia bukan isu iman, isu lemah, isu cari perhatian dll.
Tapi tak dinafikan memang ada orang buat-buat depressed untuk dapat perhatian. Yang sebenarnya dia cuma sedih
Mungkin dia nampak macam ada masalah mental ini cool, unik dan dapat perhatian orang ramai. Tak cukup kasih sayang maybe.
Sedangkan dia tak tahu, penghidap ni semua sanggup buat apa saja untuk sembuh.
First of all, elakkan judgement “ahli neraka”, “tak bersyukur hidup” semua tu.
Orang yang nak bunuh diri selalunya bukan nak mati sangat, tapi dia nak kesakitan dia berakhir.
Dan kita boleh bantu dia sebenarnya.
Tetapi tak menghalang daripada muncul NIAT untuk membunuh diri.
They are desperately asking for help. Don’t make it worse by labelling them negatively.
Help them.
1. Be there for them. Talk with them. Listen attentively. Let them vent out all the negative feeling through talking.
Jangan sesekali guna hujah,
“Aku pun pernah dulu bla bla.”
“Semua orang rasa apa ko rasa.”
“Benda ni dalam kepala ko je.”
Please jangan
If they are afraid, it’s normal.
I was afraid too.
The first step is always the hardest. If they are scared, then accompany them to go get treatment.
Be beside them no matter what
It is not within our power to help them professionally. Google is not the answer.
But be there to support them no matter what. They need it more than ever.
“I don’t know how much you suffer and how can I be of help for you. But if you ever need anything or someone to talk to, I am here.”
Trust me. They will break into tears hearing that.
Labelling them negatively such as “Kau tak cukup beriman”, “Perlu ingat Tuhan”, “Banyakkan berzikir”.
These label do not help in any way. In fact, it can make matter worsen.
If you don’t agree with my thread, I only have one word you.
“Yang tak mengalami takkan memahami.”
In order to spread the awareness, we will be organising Seminar Kesihatan Mental
The depressed brain activity reduced significantly, making them unable to be happy or to enjoy simple thing in our life.
Their electrical brain activity goes haywire and over active, making them to be overthink, anxious, over concern to the point them everything feels overwhelmed.
Too happy (mania) or too sad (depress). Living with this is a nightmare. It’s tiring and really affect one’s everyday life.
Their brain shows overflow of blood (red) and really low (yellow) making their moods extreme.
BPD affect someone’s emotion really hard that this usually affect their relationship.
Suka susun barang dah kata OCD.
Tak boleh tengok senget dah mengaku OCD.
Itu namanya perfectionist.
OCD ni lagi teruk tau. Sampai orang tu akan berulang-ulang buat benda tu. Kalau tak buat, dia raasa stress gila
Childhood abuse, traumatic event etc, biasanya penyebab PTSD. Tak ada ubat setakat ni.
Ingat kisah kawan aku yang kena rogol tu? Ya, dia ada PTSD sebab usia sangat muda dia lalui pengalaman ngeri macam tu.
Paling kronik, DID. Atau kita kenal as Split Personality.
Ya dia ada 3 personaliti. Aku baru pernah sembang dengan 2 personaliti, memang totally rasa macam sembang dengan orang berlainan.
Point aku ialah, harap kita dapat layan pejuang-pejuang ini dengan adil dan seperti manusia lain.
No stigma, no perli, no label.
Support them in anyway you can, walaupun just jadi pendengar.
Bila dengar kawan ada mental disorder, we should feel the same.
“There is no health without mental health.”
Kita jumpa di Seminar Kesihatan Mental bulan Mei nanti.
#TogetherWeCare 😊
Sekain.
event.wecare.my
Aku ada create satu platform untuk para penghidap kecelaruan mental ini berkongsi kisah mereka.
“MENTAL - Perjuangan Dalam Senyap”
Boleh baca kisah mereka.
mental.aimanpsikologis.com
Sekain.