Profile picture
The Patriots @thepatriotsasia
, 19 tweets, 6 min read Read on Twitter
"Penyebaran Wahabi Adalah Kehendak Amerika" - Putera Mahkota Saudi
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong
#MarcapadaDunia #ArabSaudi #Wahabi #Malaysia #Islam #Isusemasa #Arab #AmerikaSyarikat #USA #Saudi #Wahhabi #Geopolitik #Sejarah
(Ini adalah untaian)
Silakan retweet dan like
Mohammed bin Salman (MBS), Putera Mahkota Saudi berkata, "kami menyebarkan fahaman Wahhabi atas permintaan sekutu (baca: US) untuk menentang Soviet Union" (نشرنا الوهابية بطلب من الحلفاء لمواجهة الاتحاد السوفييتي).
Benda tu memang betul pun. Sesiapa yang mempunyai fahaman paling asas tentang geopolitik pun tahu Saudi ialah sekutu US, dan kebanyakan masa fahaman Wahhabi/Salafi hanya digunakan sebagai alat untuk memajukan kepentingan bersama Saudi-US.
Tak, teman tak kata Wahhabi/Salafi tu salah, rilek lah. Cuma kebanyakan masa, agama diperalatkan oleh pemerintah untuk mencapai kepentingan duniawi je.
Pada 1950-an, Timur Tengah terbahagi kepada dua blok. Satu ialah blok republik sosialis yang diterajui oleh Mesir (Gamal Abdel Nasser) dan satu lagi ialah blok monarki konservatif yang diterajui oleh Banu Hasyim (keturunan Syarif Husain ibn Ali) di Jordan dan Iraq.
Mesir sekutu Soviet manakala Jordan dan Iraq sekutu US. Persaingan di antara dua blok ini kekadang digelar sebagai "Arab Cold War" (الحرب العربية الباردة). Selepas Banu Hasyim digulingkan di Iraq pada tahun 1958, Saudi muncul sebagai pemimpin blok monarki. .
Untuk bersaing dengan Mesir, Saudi mula mengembangkan dakwah Salafi. Universiti Islam Madinah ditubuhkan pada tahun 1961. Muslim World League (Rabitah al-Alam al-Islam) ditubuhkan pada tahun 1962. Perhimpunan Belia Islam Dunia ditubuhkan pada tahun 1972.
Semua adalah untuk menjadikan Salafisme sebagai ideologi alternatif kepada Nasionalisme Arab yang didukung oleh Mesir. Memandangkan Saudi sudah menggantikan tempat Banu Hasyim, US pun memberi sokongan material dan moral kepada kerja-kerja Saudi.
Selepas Nixon buat perjanjian Petrodollar dengan Saudi pada 1970-an, Saudi bertambah kaya dengan peningkatan dalam pendapatan minyak. Maka lagi banyak sumber yang boleh digunakan untuk promote ideologi Salafi.
Cara Saudi promote Salafi pun berubah dari dakwah semata-mata kepada penubuhan milita bersenjata untuk "berjihad" di negara-negara di bawah pengaruh Soviet, terutamanya di Afghanistan selepas tahun 1979. CIA pun sama-sama melatih golongan "mujahideen" ini.
Selain Afghanistan, di Bosnia dan di Chechnya pun boleh nampak bayang mujahideen tajaan Saudi ini. Ikutkan logik, takkan di tempat sepenting Syria tu Saudi tak letak siapa-siapa?
Sesiapa yang nak baca dalam bentuk teks/artikel tekan link ini:
thepatriots.asia/penyebaran-wah…
Ye, tidak menafikan deme ini mungkin berniat untuk membela nasib saudara Islam. Tapi lebih banyak masa peranan deme adalah untuk memajukan kepentingan geopolitik US-Saudi. Dulu nak menentang Soviet, sekarang nak menentang Rusia.
Bila kita cerita benda-benda macam ini (geopolitik), yang pro-Salafi janganlah cepat panas. Kita tak cakap pun siapa betul siapa salah. Kalau teman berada di tempat pemerintah Saudi, teman pun akan buat benda yang sama demi kepentingan Saudi.
Cuma, kita nak bagitau bahawa pemerintah negara selalunya bertindak atas kepentingan geopolitik dan kepentingan rejim. Alasan agama sekadar apa yang kita panggil sebagai "smoke screen".
Sebelum Revolusi Iran tahun 1979, Raja Faisal dan Syah Pahlavi boleh je bercium mulut berpeluk-pelukan dan panggil "brother", walaupun seorang Salafi, seorang Syiah Imamiyah.
Cuma bezanya, Syah tu Syiah pro-US, Khomeini tu Syiah anti-US. Maka selepas tahun 1979, hubungan Saudi dan Iran bertukar dari sekutu menjadi seteru.
Dan bukannya Saudi selama-lamanya akan jadi sekutu US. Bila dah tiada kepentingan bersama, maka Saudi akan meninggalkan US, atau US yang meninggalkan Saudi.
Benda tu dah hampir berlaku pada zaman Obama, tapi sekarang mereka kembali melekat atas kepentingan bersama di Yaman dan di Israel.

Kome pergilah tanya MBS. Kot-kot beliau pun setuju dengan teman.

Jadi, keep calm and read geopolitics.

-Tamat-

Silakan retweet dan like
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to The Patriots
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!